Sunday, June 5, 2011

kaki novel (cont)

novelis: hasliza ismail



1. kapal terbang kertas ; harga: RM10 (x termasuk kos penghantan)
                    halaman: 349 ms
sinopsis:

Suriani tegar melarikan diri ke Kuala Lumpur demi menyelamatkan masa hadapannya dari musnah di tangan lelaki tua miang yang berharta di kampungnya. Dia rela dirinya hanyut dibawa nasib mengenangkan cita-citanya untuk menjadi tentera udara bersama Mahadi tidak kesampaian.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Nasibnya baik kerana bertemu secara tidak sengaja dengan Ian Emran yang membantunya mendapatkan pekerjaan setelah dia dipecat dari sebuah restoran. Bertugas sebagai pembantu Ian Emran telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Marina, sahabat karib Ian Emran yang telah tujuh tahun setia di sisi lelaki itu. Begitu juga dengan beberapa kakitangan wanita lain di pejabat hingga menimbulkan gosip tidak baik ke atas dirinya.

Lantas, Ian Emran yang mula menaruh hati terhadap Suriani segera menyuntingnya sebagai suri di alam rumah tangga. Sepanjang tempoh pertunangan mereka, pelbagai dugaan dan cabaran harus dihadapi kerana Marina yang mendambakan cinta Ian Emran sentiasa menggugat kepercayaan Suriani terhadap Ian Emran.

Tatkala jiwa Suriani berperang sesama sendiri Mahadi muncul kembali, ingin mengotakan janji-janjinya terhadap Suriani untuk membawanya “terbang” bersama.
Suriani tersepit di antara tunangnya, Ian Emran dan kekasih lamanya, Mahadi.

Ke manakah haluan hidup Suriani? Ke manakah kapal terbang kertas akan membawanya terbang pergi?


novelis: emy hazza


1. cintaku satu ; harga: RM12 (x termasuk kos penghantan)
                        halaman: 434 ms
sinopsis:

Nur Hanna kecewa dengan sikap tunangnya Adli yang hidung belang. Lantas dia nekad memutuskan tali pertunangan mereka.

Hadir Azril mengubati luka di hati Nur Hanna…

Sedang mereka berada di ambang kebahagiaan, muncul Marina yang telah merobek luka kedua di hati Nur Hanna.

Lalu, Nur Hanna membawa diri dan hati yang parah ke USA dengan alasan menyambung pelajarannya sekali gus melupakan Azril.

Di sana dia telah bertemu dengan Sean, mat salih campuran yang cuba meraih cintanya. 

Ketika Nur Hanna sedang mempertimbangkan lamaran Sean, Azril muncul semula di hadapannya beridentitikan abang kepada Sean.

Nur Hanna berada di dalam dilema….
(reserved)

1 comment: