Saturday, July 16, 2011

novel alaf21

novelis: aleya aneesa

1. kasih benar kasih ; harga: RM16 (x termasuk kos penghantan)
                                halaman: 496 ms
sinopsis:
MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.


novelis: sania yasmin
1. akan ku tunggu ; harga: RM15 (x termasuk kos penghantan)
                             halaman: 531 ms
sinopsis:
AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.

novel roket kertas: ahadiat akashah



1. untuk tiga hari ; harga: RM17 (x termasuk kos penghantan)
                           halaman: 483 ms
sinopsis:
Memang sengaja mereka memilih hari,
 tarikh dan waktu yang sama lalu,di hari 
persandingan itu mereka dirantai kemelut yang menyeksakan..

 Betulkah apa yang mereka lakukan ini? menurut 
kehendak famili masing-masing hanya kerana tak mahu mengecewakan hati
dan perasaan mereka. namun mereka hanya berjanj kahwin hanya
tiga hari.Mereka berjanji untuk bercerai tiga hari selepas hari persandingan..
Namun..Tiga malam bersama pasangan masing-masing... telah membawa
mereka ke sebuah alam yang lain,Dan apabila tiba hari yang ke tiga itu,
Bagaimana untuk mereka menyuarakan hasrat untuk bercerai??

novel kanak-kanak

novelis: hlovate

1. geng ABCDE bercuti ke Arau ; harga: RM10 (x termasuk kos penghantan)
                                                          halaman: 173 ms
sinopsis:
Di Perlis banyak yang dipelajari Geng ABCDE. Daripada membantu tok menceraikan biji kekabu untuk dibuat bantal, menghiris asam gelugur dan menolong di dapur, mereka juga membantu Tok Wan membuat bubu, menjemur koko dan macam-macam lagi. Selain mandi sungai dan menjelajah Gua Kelam, mereka juga belajar membuat layang-layang. Mereka pernah juga dikejar dengan parang dan pelepah pisang oleh Abang Harun. Benarkah Abang Harun itu seorang pekebun pisang?
Jom sama-sama bantu Geng ABCDE selesaikan misteri penyeludupan dari negara jiran.
(reserved)

jemari seni

novelis: nasron sira rahim, syud, pingu toha


1. tinta? ; harga: RM15 (x termasuk kos penghantan)
               halaman: 551 ms

sinopsis:

Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim
Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.
Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?
Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?
Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud
Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.
“Sufiy.”
“Ya?”
“Nama saya Ameer.”
“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”
Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?
Ceritera 3 Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)
 Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?
Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.
Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?