Showing posts with label jemari seni. Show all posts
Showing posts with label jemari seni. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

novel kanak-kanak

novelis: hlovate

1. geng ABCDE bercuti ke Arau ; harga: RM10 (x termasuk kos penghantan)
                                                          halaman: 173 ms
sinopsis:
Di Perlis banyak yang dipelajari Geng ABCDE. Daripada membantu tok menceraikan biji kekabu untuk dibuat bantal, menghiris asam gelugur dan menolong di dapur, mereka juga membantu Tok Wan membuat bubu, menjemur koko dan macam-macam lagi. Selain mandi sungai dan menjelajah Gua Kelam, mereka juga belajar membuat layang-layang. Mereka pernah juga dikejar dengan parang dan pelepah pisang oleh Abang Harun. Benarkah Abang Harun itu seorang pekebun pisang?
Jom sama-sama bantu Geng ABCDE selesaikan misteri penyeludupan dari negara jiran.
(reserved)

jemari seni

novelis: nasron sira rahim, syud, pingu toha


1. tinta? ; harga: RM15 (x termasuk kos penghantan)
               halaman: 551 ms

sinopsis:

Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim
Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.
Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?
Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?
Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud
Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.
“Sufiy.”
“Ya?”
“Nama saya Ameer.”
“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”
Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?
Ceritera 3 Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)
 Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?
Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.
Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?

Friday, June 10, 2011

jemari seni

novelis: manjlara

1. suka saya, ya? suka saya, tidak? ; harga: RM13 (x termasuk kos penghantan)
                                                          halaman: 443 ms
sinopsis:

Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.
Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain.
Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara.  Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.

Saturday, June 4, 2011

jemari seni (cont)

novelis: misdhiaz


1.kristal kristal ; harga: RM11 (x termasuk kos penghantaran)
                        halaman: 361 ms
sinopsis:



Kasih Iris Arshad!
Nama itu terlalu istimewa; buat dia nanar suatu waktu dulu! Lalu nota-nota perak dia titipkan buat  memecah 'rasa' si gadis. Momen indah itu selayaknya tercipta dengan kelainan yang abadi. Biarpun si gadis tidak mampu untuk dimiliki.
Silapnya dia terlalu bergantung pada naluri. Silapnya dia membiarkan gadisnya terus meneka dalam kesamaran. Masihkah ada sisa waktu untuk mereka?
Aduhai hati,
Murahkah cintanya selama ini, miskinkah sayangnya pada dia. Atau dia sudah lelah menunggu? Lalu, akhirnya dia harus bagaimana?
DR Luv...
Suka itu tak semestinya cinta. Sayang itu tak semestinya kasih. Kepastian adalah tunggak segala penantian. Aku sedia menunggumu sehingga terbuka kata. Kalau cinta, lafazkanlah!
Kristal. Kristal.
masih bergaung dalam hiba
saat mencari suatu petanda untuk bahagia
Kenapa dia harus suka dalam duka?

jemari seni (cont)

novelis: normaslina masri

1.mencari-suami@js.com ; harga: RM15 (x termasuk kos penghantaran)
                                         halaman: 617 ms
sinopsis:

nama aku unik: Sofea Saloma, macam primadona. hidup aku? tak glamor mana pun. kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.

hari datang dan hari pergi. sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali januari tiba. sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.

waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA. 

masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I. sebabnya?

aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!

setelah aku (+ - x ÷) =  inilah keputusan yang aku ambil:

Tarikh Iklan: Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz: 2Rx10cm
Edisi (keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.

Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun, berpelajaran, ingin mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti;
(a) bekerja tetap
(b) berumur sekurang-kurangnya 33tahun ke atas
(c) bujang/duda sahaja
(d) beragama Islam

Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada mencarisuami@yahoo.com sebelum 15 Oktober 2010.

Friday, June 3, 2011

jemari seni

novelis: Bunick Firdaus

1.dia & dia ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantaran)
             halaman: 584 ms
sinopsis:

cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?

mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?

dia memang lelaki penyayang. namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!

antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?

Saturday, June 26, 2010

novelis: ruby hazri (jemari seni)


1. kopi susu sepatu biru ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantaran)
                                       halaman: 565 ms
sinopsis:

kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!
kata orang lagi jiran membawa sepakat!

inilah sebuah kisah.. tentang jiran di sebelah rumah:
  • rumah no.11
dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota.
wajahnya menarik, ramai yang tertarik. dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa, tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.


  • rumah no.9
dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. kadang-kadang selamba, kadang-kadang tidak terduga.
prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.


pendapat mereaka saling bertentangan, pergaduhan tiada sempadan terjilid dalam pelbagai episod:
  • kereta perdana vs. kereta kancil
  • kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
  • sepatu biru pencetus idea nakal si teruna
  • muzik si pemuda selera si pemudi
namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud di kaki langit.. ada rasa yang mengocak perasaan. ada cinta yang bertunas dan ada sayang yang menjalar.

kenapa? siapa? dan bagaimana?

novel-novel jemari seni

novelis: noor azzahra




1. bidadari hujan ; harga: RM14 (x termasuk kkos penghantaran)
                            halaman: 508 ms
sinopsis:
kasihan itu salah satu cabang cinta!
tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.
dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung cintanya! aku terpasona pada kejelitaannya.
"harap-harap esok pagi hujan lagi!" kataku sambil menghadiahinya senyum.
matanya memanah hatiku dengan busur arjuna.
lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya Raimy Haidar yang dulu.
hujan mencurah lagi. diberinya aku sekaki payung.
"macam mana saya nak pulangkan?"
langkah dia terhenti. aku menanti. perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku.
oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dahulu. tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti.
"simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. buanglah andai awak rasa mahu membuangnya."
apa jawab hati aku pada saat ini?