Showing posts with label alaf21. Show all posts
Showing posts with label alaf21. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

novel alaf21

novelis: aleya aneesa

1. kasih benar kasih ; harga: RM16 (x termasuk kos penghantan)
                                halaman: 496 ms
sinopsis:
MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.


novelis: sania yasmin
1. akan ku tunggu ; harga: RM15 (x termasuk kos penghantan)
                             halaman: 531 ms
sinopsis:
AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.

Sunday, June 5, 2011

alaf21 (cont)


aida adriani

1. cintamu di hati ; harga: RM11 (x termasuk kos penghantan)
                            halaman: 405 ms
sinopsis:

Kata orang... kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat. Sememangnya, cinta pertama terlalu sukar dilupakan. Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh di hati, terpahat teguh di sanubari.

Seri terperangkap antara dua perasaan; cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama. Keteguhan hatinya terduga apabila Zulfy semakin dekat padanya. Setiap waktu bersama Zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan. Kenangan cinta pertama mereka kembali memburu hingga mengundang cemburu Azlan. Dalam melawan arus asmara terlarang, kesetiaan Seri terus-terusan diragui.

Takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang, ujian datang tiada siapa dapat menduga. Seri terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia yang hilang. Jalan yang dilalui tetap berliku. Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana. Ada waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdir. Ada saatnya dia hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar.

Hari berlalu... dan dalam pencarian itu, hatinya sering berkata, milik siapakah cinta ini? Masih adakah cinta kedua buatnya?


novelis: mimie afinie
1. bisikan rindu ; harga: RM11 (x termasuk kos penghantan)
                       halaman: 435 ms
sinopsis:

Antara Shahrul dan Ikhwan kedua-duanya sama kacak, sama baik. Tapi jika di hati tiada rasa cinta, salah seorang harus berkorban. Jika mulut berkata sayang sedangkan hati berkata tidak, untuk apa sebuah percintaan?

Sekuat manapun cinta Shahrul kepada Dina, hatinya tetap milik Ikhwan. Kehadiran Ikhwan telah mengajar Dina erti sebuah rindu. Namun percintaan mereka sering diuji dengan salah faham dan kebetulan.

Akhirnya, Dina mengalah. Perginya bukan kerana kalah, tetapi pergi mencari harga diri yang dicampak oleh lelaki yang amat dicintai. Kerana cinta itu Dina sanggup tinggalkan Ikhwan dan segalanya.

Setelah agak lama menyepi, Dina nekad ingin kembali. Sayangnya kepulangan Dina dalam keadaan yang tidak terduga! Tiada kata maaf, tiada pelukan mesra. Yang ada hanya tangisan... Gembira atau duka?

(reserved to syuhairah)

alaf21

novelis: lynn dayana
1. cinta edisi terhad ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantan)

                               halaman: 489 ms
sinopsis:

DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi.

Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna.

Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!

Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.

Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha.

Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?


novelis: zara juita
1. erti rindu ini ; harga: RM13 (x termasuk kos penghantan)
                       halaman: 484 ms
sinopsis:

MENGAPA kau tinggalkan aku ketika cinta ini sedang mekar mengharum? Sedangkan kau tahu aku tidak bisa hidup tanpa kau di sisi. Jangan kata kau lupa saat-saat manis yang pernah kita lalui bersama. Kita pernah menabur kasih dan cinta di taman hati. Kupersembahkan segala yang aku ada untukmu. Apa lagi yang kau mahu sudah kuturutkan. Kerana cinta, kasih dan setiaku, kerana janji dan sumpah yang kau lafaz dulu, air mataku ber­linangan. Tapi kau pergi jua...

Yana mengharungi liku-liku hidup sendirian setelah Razman pergi menghadap ILAHI. Jiwanya nanar. Cinta yang terbina sejak di bangku sekolah tidak kesampaian. Luka dan sengsara di hati dirawat sendiri dalam kepayahan.

Kau kata, aku bagai lilin yang menerangi kegelapan duniamu. Kehadiranku umpama air di kali yang menyegarkan perasaanmu. Kau sedia berkorban untukku. Sedia merawat kelukaan hatiku. Ku dibuai cinta, kasih, sayang dan rindumu yang luhur sejati. Tersentak aku dari lamunan yang panjang. Mawar tanpa haruman tidak mungkin disunting buat penyeri syurga asmara. Di tangkai jua ia layu...

Cinta Fariz terlalu luhur untuk Yana. Bergetar jiwanya setiap kali berada di sisi jejaka itu. Namun, sudikah Fariz menerima dirinya seadanya? Apatah lagi keluarga Fariz terlalu me-menting­kan maruah dan prestij. Layakkah dia berganding dengan je­jaka yang berjaya menakluk hatinya itu?

Friday, June 4, 2010

novel alaf21 (cont)

  novelis: elin nadia


1. jika kau tiada ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantaran)
                           halaman: 505
sinopsis:

Shakira Ilyana kehilangan kasih ibu bapanya sejak kecil lagi. lantas, dia dibesarkan oleh keluarga angkat. namun, Shakira bersyukur dengan limpahan kasih sayang, keikhlasan dan persahabatan yang mengindahkan hari-harinya. perkenalan dengan Jimmy Hughes sejak zaman peersekolahan membenihkan rasa cinta di hati Shakira. biarpun banyak perbezaan di antara mereka, Shakira dan Jimmy mengimpikan kebahagiaan hidup bersama. kerana cinta, Shakira tekad untuk menamatkan zaman gadisnya pada usia yang cukup muda. tatkala keindahan cintanya dengan Jimmy diusik dugaan, Shakira dikejutkan pula dengan pengakuan Hakim Shahmi, seorang jejaka yang obses tentang cinta. dia berharap cintanya pada Shakira akan berbalas sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki gadis itu. Shakira sedar, biarpun sukar dia perlu terus melangkah. namun, mampukah Shakira melupakan segala kenangannya dengan Jimmy dan membuka lembaran baru dengan Hakim?

Thursday, June 3, 2010

novel alaf21

   novelis: hezzy azra

 1. kenangan terindah ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantaran)
                                   halaman: 521 ms
sinopsis:

sanggup berkorban tanda cinta, tetapi Marissa tidak rela mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah kerana Ridzwan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara. bukan bermakna cintanya tiada harga. dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya. namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. kesetiaannya pedih dicalar luka. kemudian, dugaan membadai lagi. ayah tercinta pula pergi buat selamanya. tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas di usia muda. kesabarannya berbalas, TUHAN hadirkan seorang insan untuk menghapuskan air mata, merawat lukanya dan berada di sisi.. ketika suka atau duka. masa berlalu.. Ridzwan kembali menagih cinta. hati Marissa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. namun, dirahsiakan si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap. ketika rahsia tersingkap, dapatkah Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu?

novel alaf21 (cont)

novelis: fathillah anas

1.mimpi yang pasti ; harga: RM12 (x termasuk kos penghantaran)
                               halaman: 423 ms
sinopsis:

kehadirannya tidak dipinta kerana dia lahir hasil dari hubungan terlarang. sejak itu, Adi Putera membesar tanpa kasih sayang dan belaian manja. ayah entah siapa. ibunya pula sering tiada. dia membesar dengan omokan; jangan buat itu, jangan buat ini, jangan nakal, jangan main api, jangan, jangan dan jangan! akhirnya, dia membesar sebagai anak yang penakut dan tidak punya pendirian. namun, jiwa remaja Adi akhirnya memberontak. bersama Agil, Razman, Hassan, Ijan dan Nani, mereka menyertai kumpulan rempit Mat Motor Adi. dalam diam, Nani menyimpan hati pada Adi. malangnya, pemuda itu hanya menyintai Nurul seorang. dalam 1 perlumbaan haram, Adi cedera parah dan mengalami gangguan jiwa. lebih mengecewakannya, Nurul berkahwin dengan Razman. ini menyebabkan Adi membawa diri. dia menemui Nani semula. mereka hidup aman dan bahagia.

Wednesday, June 2, 2010

novel alaf21 (cont)

novelis: amy batrisya

1.hamparan kasih ; harga: RM13 (x termasuk kos penghantaran)
                              halaman: 474 ms
sinopsis:

dia terlalu menaruh harapan terhadapku walaupun telah kukatakan aku takut menerima cintanya. Hakimi.. memang aku menerima kehadiranmu dalam hidup ini, namun aku takut kehilangan Bani. dia memerlukan kasih sayangku. dia adalah hak aku.

                                    "... yang penting Kim nak pikat Ina sehingga Ina menjadi milik Kim."

                                                 "Bani sayangkan Cik Marina. jangan tinggalkan Bani."

novel alaf21

novelis: norhayati ibrahim
1.egois ; harga: RM7 (x termasuk kos penghantaran)
             halaman: 310 ms
sinopsis:

Atia dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan kini sama-sama bekerja sebagai remiser. hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. namun sebagai wanita, Atia tidak pernah mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sebagai kekasih atau sahabat. Fikri yang memang menyintai Atia mula mereka  cerita yang dia sudah bertunang kerana mahu melihat reaksi Atia. Atia walaupun tidak pernah mempamerkan emosinya sebenarnya memang menyintai Fikri. dia berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu. sebagai seorang remiser, Atia mempunyai ramai pelanggan dan salah seorangnya Lokman. Lokman seorang yang 'male chauvinist' akhirnya jatuh cinta pada Atia namun Atia menolaknya kerana bagi dia cinta tidak semudah itu beralih arah. kecewa mendengar cerita pertunangan Fikri, Atia membuat keputusan untuk ke luar negara mengubati hatinya yang luka. mendengar perletakan jawatan Atia, Fikri kelam kabut untuk menjelaskan hal sebenar. dia meminta bantuan Halimah, kakak Atia dan rakan-rakan sekerja untuk menculik Atia.