Saturday, June 4, 2011

kaki novel

novelis: izzul izzati




1. bukan cinta biasa ; harga: RM11 (x termasuk kos penghantan)
                                 halaman: 538 ms
sinopsis:

sifat sabar dan beralah yang dimiliki Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang menharap. namun sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. justeru itu, lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. baginya cita-cita dan impian hidup lebih utama. namun begitu dia tepaksa akur dengan jodoh yang telah diaturkan oleh keluarganya. biarpun jauh di sudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa.

pertemuan Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan di antara mereka. sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semulajadi dalam diri Shahira. keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. tanpa sedar dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta di antara satu sama lain. ego dan kedegilan dalam diri masing-masing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu ternyata sendat di hati. akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantaran tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dan Azlisyam.

Anuar yang kecewa tetap setia menanti meskipun disedari penantiannya tiada penghujung. meskipun cinta Shahira bukan miliknya namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.

takdir dan suratan-Nya tiada siapa yang dapat menolak dan menghalang. berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setealah rumahtangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengunjung tiba? bagaimana reaksi Azlisyam setelah mengetahui cinta Shahira smemang untuknya? mampukah Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan lagi hati Anuar yang setia menunggu cintanya?

(reserved)

novelis: muliati abdul



1.Qantan biru langit ; harga: RM10 (x termasuk kos penghantaran)
                               halaman: 357 ms
sinopsis:

Qantan Biru Langit hanyalah seorang gadis biasa namun dia berjaya mencuri pandang tiga orang lelaki yang berada di sekelilingnya iaitu Razif Khusaini, Khalid Zhafran dan Rafael Vivarte. 

Sekental mana jiwa Qantan mengharungi kehidupannya, hatinya masih percaya bahawa suatu hari nanti dia akan ketemu juga dengan lelaki terbaik Malaysia yang bakal menjadi raja di dalam hidupnya. 

Siapakah lelaki tersebut? Adakah pilot cabuk yang pernah ditunangkan dengannya sewaktu kecil bakal menemani hidupnya yang sunyi, atau Khalid Zhafran, pemain tenis terbaik dunia yang ‘dingin beku’ orangnya atau mungkin juga Rafael Vivarte yang mencuri pandang dari jauh untuk bertamu di laman hati Qantan. 

(reserved)

novelis: adilla tasha

1.siapakah di hatiku ; harga: RM10 (x termasuk kos penghantaran)
                                halaman: 450 ms
sinopsis:

Miera Eliani… mengharapkan jawapan cinta daripada kekasihnya Haikal yang telah menghilang tanpa khabar berita. Pertemuan Miera dengan Megat Shahrizal, CEO syarikat dia bekerja membuatkan dia terhumban ke dalam dunia cinta Shah. 

Secara kebetulan, ibu Shah dan mama Miera adalah sahabat baik yang telah lama terpisah dan kini bertemu kembali. Perhubungan rapat di antara Shah dan Miera mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga. Malangnya, hati Miera masih mendambakan kata putus Haikal. Tidak dapat disangkal Miera juga menyenangi Shah yang banyak membantunya dan ikhlas menerimanya walaupun dia sedikit kasar dan bersikap tomboy. 

Dek keinginan ibu masing-masing, Miera akur dengan kehendak mereka untuk membina mahligai rumah tangga dengan Shah. Ini menyebabkan Miera terpaksa berhadapan dengan keegoan dan sifat cemburu yang keterlaluan Shah saban hari sepanjang tempoh pertunangan mereka. Pertemuan semula Miera dengan sahabat baiknya, Jay Jay telah menimbulkan sedikit salah faham di hati Shah. 

Setelah lama Miera hidup tanpa bayang-bayang Haikal, lelaki itu tiba-tiba muncul semula dan kembali menagih kasih daripada Miera… Dengan kewarasan diri yang ada, Miera harus membuat keputusan sekali gus akan mempengaruhi tentang siapakah yang bakal bertakhta di hatinya kelak….

(resrved)

No comments:

Post a Comment