Friday, June 10, 2011

jemari seni

novelis: manjlara

1. suka saya, ya? suka saya, tidak? ; harga: RM13 (x termasuk kos penghantan)
                                                          halaman: 443 ms
sinopsis:

Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.
Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain.
Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara.  Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.

Sunday, June 5, 2011

alaf21 (cont)

leeya myra


1. erti rindu ini ; harga: RM10 (x termasuk kos penghantan)
                       halaman: 380 ms
sinopsis:

Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.

Ilham kembali dari Jepun dengan status ''''''''suami orang''''''''. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.

Namun, setiap saat hatinya meronta. ''''''''Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham''''''''. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; ''''''''Hidup Baik-baik'''''''' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!

Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. ''''''''Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?'''''''' Air mata Faris menitis.

Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.

(telah dijual)

norhayati ibrahim
1. sayang tak terucap ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantan)
                                   halaman: 521 ms
sinopsis:

TAKDIR menemukan semula Delilah dan Aminudin setelah sekian lama terpisah. Dengan rasa sedih, kecewa dan rajuk berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris, lukanya berparut lama. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu, nenek dan datuknya yang buta.

Sekaya mana pun lelaki itu, masih tidak membuka pintu hatinya. Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya. Datuknya yang buta, tapi tidak buta hatinya. Datuknya yang buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya.

Pun begitu, mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya? Apalah guna akal fikiran jika tidak digunakan sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan, menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Malah, jauh di sudut hati dia ingin sekali menikmati dakapan kasih seorang ayah dalam hidupnya.

Ayah... andai kemaafan ini kuberi, namun dapatkah kuberikan setulus kasihku padamu? Ya ALLAH... perkenankanlah doa hamba-MU ini agar kebuntuan dan kekeliruan ini dapat dileraikan.
(telah dijual)

alaf21 (cont)


aida adriani

1. cintamu di hati ; harga: RM11 (x termasuk kos penghantan)
                            halaman: 405 ms
sinopsis:

Kata orang... kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat. Sememangnya, cinta pertama terlalu sukar dilupakan. Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh di hati, terpahat teguh di sanubari.

Seri terperangkap antara dua perasaan; cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama. Keteguhan hatinya terduga apabila Zulfy semakin dekat padanya. Setiap waktu bersama Zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan. Kenangan cinta pertama mereka kembali memburu hingga mengundang cemburu Azlan. Dalam melawan arus asmara terlarang, kesetiaan Seri terus-terusan diragui.

Takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang, ujian datang tiada siapa dapat menduga. Seri terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia yang hilang. Jalan yang dilalui tetap berliku. Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana. Ada waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdir. Ada saatnya dia hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar.

Hari berlalu... dan dalam pencarian itu, hatinya sering berkata, milik siapakah cinta ini? Masih adakah cinta kedua buatnya?


novelis: mimie afinie
1. bisikan rindu ; harga: RM11 (x termasuk kos penghantan)
                       halaman: 435 ms
sinopsis:

Antara Shahrul dan Ikhwan kedua-duanya sama kacak, sama baik. Tapi jika di hati tiada rasa cinta, salah seorang harus berkorban. Jika mulut berkata sayang sedangkan hati berkata tidak, untuk apa sebuah percintaan?

Sekuat manapun cinta Shahrul kepada Dina, hatinya tetap milik Ikhwan. Kehadiran Ikhwan telah mengajar Dina erti sebuah rindu. Namun percintaan mereka sering diuji dengan salah faham dan kebetulan.

Akhirnya, Dina mengalah. Perginya bukan kerana kalah, tetapi pergi mencari harga diri yang dicampak oleh lelaki yang amat dicintai. Kerana cinta itu Dina sanggup tinggalkan Ikhwan dan segalanya.

Setelah agak lama menyepi, Dina nekad ingin kembali. Sayangnya kepulangan Dina dalam keadaan yang tidak terduga! Tiada kata maaf, tiada pelukan mesra. Yang ada hanya tangisan... Gembira atau duka?

(reserved to syuhairah)

alaf21

novelis: lynn dayana
1. cinta edisi terhad ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantan)

                               halaman: 489 ms
sinopsis:

DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi.

Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna.

Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!

Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.

Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha.

Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?


novelis: zara juita
1. erti rindu ini ; harga: RM13 (x termasuk kos penghantan)
                       halaman: 484 ms
sinopsis:

MENGAPA kau tinggalkan aku ketika cinta ini sedang mekar mengharum? Sedangkan kau tahu aku tidak bisa hidup tanpa kau di sisi. Jangan kata kau lupa saat-saat manis yang pernah kita lalui bersama. Kita pernah menabur kasih dan cinta di taman hati. Kupersembahkan segala yang aku ada untukmu. Apa lagi yang kau mahu sudah kuturutkan. Kerana cinta, kasih dan setiaku, kerana janji dan sumpah yang kau lafaz dulu, air mataku ber­linangan. Tapi kau pergi jua...

Yana mengharungi liku-liku hidup sendirian setelah Razman pergi menghadap ILAHI. Jiwanya nanar. Cinta yang terbina sejak di bangku sekolah tidak kesampaian. Luka dan sengsara di hati dirawat sendiri dalam kepayahan.

Kau kata, aku bagai lilin yang menerangi kegelapan duniamu. Kehadiranku umpama air di kali yang menyegarkan perasaanmu. Kau sedia berkorban untukku. Sedia merawat kelukaan hatiku. Ku dibuai cinta, kasih, sayang dan rindumu yang luhur sejati. Tersentak aku dari lamunan yang panjang. Mawar tanpa haruman tidak mungkin disunting buat penyeri syurga asmara. Di tangkai jua ia layu...

Cinta Fariz terlalu luhur untuk Yana. Bergetar jiwanya setiap kali berada di sisi jejaka itu. Namun, sudikah Fariz menerima dirinya seadanya? Apatah lagi keluarga Fariz terlalu me-menting­kan maruah dan prestij. Layakkah dia berganding dengan je­jaka yang berjaya menakluk hatinya itu?

novelis: nass alina noah




1. selamat pengantin baru isteriku ; harga: RM30 (x termasuk kos penghantan)
                                                    halaman: 1158 ms
sinopsis:

KAtas dasar cinta, Addam dan Qistina kahwin lari di Siam. Belum pun sempat melayari hidup sebagai suami dan isteri, Jeneral Malik telah membongkar identiti sebenar Qistina.

Hidup Addam mula kucar-kacir apabia ibunya mendesak dia mengahwini Melyna. Qistina pula merelakan perkahwinan Addam dan Melyna.

Dengan hati yang separuh rela, Addam telah memilih Qhusyairi untuk dijodohkan dengan Qistina.

Bahagiakah Addam dan Qistina melayari kehidupan masing-masing bersama insan yang tidak dicintai?




kaki novel (cont)

novelis: hasliza ismail



1. kapal terbang kertas ; harga: RM10 (x termasuk kos penghantan)
                    halaman: 349 ms
sinopsis:

Suriani tegar melarikan diri ke Kuala Lumpur demi menyelamatkan masa hadapannya dari musnah di tangan lelaki tua miang yang berharta di kampungnya. Dia rela dirinya hanyut dibawa nasib mengenangkan cita-citanya untuk menjadi tentera udara bersama Mahadi tidak kesampaian.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Nasibnya baik kerana bertemu secara tidak sengaja dengan Ian Emran yang membantunya mendapatkan pekerjaan setelah dia dipecat dari sebuah restoran. Bertugas sebagai pembantu Ian Emran telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Marina, sahabat karib Ian Emran yang telah tujuh tahun setia di sisi lelaki itu. Begitu juga dengan beberapa kakitangan wanita lain di pejabat hingga menimbulkan gosip tidak baik ke atas dirinya.

Lantas, Ian Emran yang mula menaruh hati terhadap Suriani segera menyuntingnya sebagai suri di alam rumah tangga. Sepanjang tempoh pertunangan mereka, pelbagai dugaan dan cabaran harus dihadapi kerana Marina yang mendambakan cinta Ian Emran sentiasa menggugat kepercayaan Suriani terhadap Ian Emran.

Tatkala jiwa Suriani berperang sesama sendiri Mahadi muncul kembali, ingin mengotakan janji-janjinya terhadap Suriani untuk membawanya “terbang” bersama.
Suriani tersepit di antara tunangnya, Ian Emran dan kekasih lamanya, Mahadi.

Ke manakah haluan hidup Suriani? Ke manakah kapal terbang kertas akan membawanya terbang pergi?

Saturday, June 4, 2011

kaki novel

novelis: rina farizq

1. ada cinta ; harga: RM12 (x termasuk kos penghantan)
                    halaman: 411 ms
sinopsis:

Kemalangan kecil di lampu isyarat telah menemukan Qasrina dan Danish. Bertitik tolak dari kejadian tersebut, hubungan mereka bagaikan seteru.

Bahang makin bertambah apabila mereka ditunangkan tanpa rela. Danish yang berusia dua puluh empat tahun tidak dapat menerima Qasrina, si manis tujuh belas.

Rancangan telah diatur. Mereka akan memutuskan pertunangan usai Qasrina menamatkan pengajiannya di universiti.

Tetapi takdir Tuhan, siapalah yang dapat menolak? Mereka telah jatuh cinta!

Namun, takdir Tuhan sekali lagi mempermainkan mereka apabila Qasrina telah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain.

Siapa dalang di sebalik kes tangkap basah Qasrina? Adakah Danish akan tetap meneruskan pertunangan mereka?

(reserved)
novelis: aisha hamza
1. kau milikku ; harga: RM17 (x termasuk kos penghantan)
                        halaman: 702 ms
sinopsis:

Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.

8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yang sempurna?

kaki novel

novelis: izzul izzati




1. bukan cinta biasa ; harga: RM11 (x termasuk kos penghantan)
                                 halaman: 538 ms
sinopsis:

sifat sabar dan beralah yang dimiliki Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang menharap. namun sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. justeru itu, lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. baginya cita-cita dan impian hidup lebih utama. namun begitu dia tepaksa akur dengan jodoh yang telah diaturkan oleh keluarganya. biarpun jauh di sudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa.

pertemuan Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan di antara mereka. sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semulajadi dalam diri Shahira. keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. tanpa sedar dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta di antara satu sama lain. ego dan kedegilan dalam diri masing-masing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu ternyata sendat di hati. akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantaran tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dan Azlisyam.

Anuar yang kecewa tetap setia menanti meskipun disedari penantiannya tiada penghujung. meskipun cinta Shahira bukan miliknya namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.

takdir dan suratan-Nya tiada siapa yang dapat menolak dan menghalang. berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setealah rumahtangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengunjung tiba? bagaimana reaksi Azlisyam setelah mengetahui cinta Shahira smemang untuknya? mampukah Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan lagi hati Anuar yang setia menunggu cintanya?

(reserved)

novelis: muliati abdul



1.Qantan biru langit ; harga: RM10 (x termasuk kos penghantaran)
                               halaman: 357 ms
sinopsis:

Qantan Biru Langit hanyalah seorang gadis biasa namun dia berjaya mencuri pandang tiga orang lelaki yang berada di sekelilingnya iaitu Razif Khusaini, Khalid Zhafran dan Rafael Vivarte. 

Sekental mana jiwa Qantan mengharungi kehidupannya, hatinya masih percaya bahawa suatu hari nanti dia akan ketemu juga dengan lelaki terbaik Malaysia yang bakal menjadi raja di dalam hidupnya. 

Siapakah lelaki tersebut? Adakah pilot cabuk yang pernah ditunangkan dengannya sewaktu kecil bakal menemani hidupnya yang sunyi, atau Khalid Zhafran, pemain tenis terbaik dunia yang ‘dingin beku’ orangnya atau mungkin juga Rafael Vivarte yang mencuri pandang dari jauh untuk bertamu di laman hati Qantan. 

(reserved)

jemari seni (cont)

novelis: misdhiaz


1.kristal kristal ; harga: RM11 (x termasuk kos penghantaran)
                        halaman: 361 ms
sinopsis:



Kasih Iris Arshad!
Nama itu terlalu istimewa; buat dia nanar suatu waktu dulu! Lalu nota-nota perak dia titipkan buat  memecah 'rasa' si gadis. Momen indah itu selayaknya tercipta dengan kelainan yang abadi. Biarpun si gadis tidak mampu untuk dimiliki.
Silapnya dia terlalu bergantung pada naluri. Silapnya dia membiarkan gadisnya terus meneka dalam kesamaran. Masihkah ada sisa waktu untuk mereka?
Aduhai hati,
Murahkah cintanya selama ini, miskinkah sayangnya pada dia. Atau dia sudah lelah menunggu? Lalu, akhirnya dia harus bagaimana?
DR Luv...
Suka itu tak semestinya cinta. Sayang itu tak semestinya kasih. Kepastian adalah tunggak segala penantian. Aku sedia menunggumu sehingga terbuka kata. Kalau cinta, lafazkanlah!
Kristal. Kristal.
masih bergaung dalam hiba
saat mencari suatu petanda untuk bahagia
Kenapa dia harus suka dalam duka?