Friday, June 3, 2011

jemari seni

novelis: Bunick Firdaus

1.dia & dia ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantaran)
             halaman: 584 ms
sinopsis:

cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?

mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?

dia memang lelaki penyayang. namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!

antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?



novelis: Diya Nordin
1.kaca jendela Ainnur ; harga: RM12 (x termasuk kos penghantaran)
             halaman: 414 ms
sinopsis:

seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!

Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. tapi dia salah. ayah seperti mama. tidak pernah menerimanya sebagai anak.

dia menjadi daki dalam keluarga. dia sedar duduk dirinya. dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.

kata Zhafran, "Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. tapi juga Uncle Luqman. salah ke mereka sehingga turut terhukum?"

apa yang Zhafran tahu?

semuanya dia yang tanggung. rasa pedih, terluka. semuanya ditelan sendiri. dia sudah sehabis daya mencuba. dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?

No comments:

Post a Comment