Showing posts with label karnadya. Show all posts
Showing posts with label karnadya. Show all posts

Friday, June 3, 2011

karnadya: aina emir


1.nama aku N ; harga: RM12 (x termasuk kos penghantaran)
             halaman: 328 ms
sinopsis:

nama betulnya Amanina, namun dia lebih senang dipanggil N sahaja. huruf N selepas M sebelum O dalam alfabet.

N terpaksa mengharungi keperitan hidup di dunia urban lagi kosmopolitan. kemiskinan yang menghimpitnya telah membuat dia terasa rendah diri. namun begitu, N mencari keseronokan dalam dunia imaginasinya. dalam dunia itulah, dia menjadi Cinderella. kedamaian jiwa dirasai ketika terus melepak di stesen-stesen tren, tak kira komuter atau LRT.

N tak pernah menarik perhatian sesiapa jua, kecuali Eric, remaja kacukan berketurunan cina campur india. Eric yang tampan itu, berwajah mirip jejaka melayu.

dalam mencari sesuatu yang indah, perasaan remajanya mula goyah apabila berkenalan pula dengan Zafran yang digelarnya Abang Z. dia terasa bagaikan terbang di awang-awangan. sangkanya juga dia sudah pun berjumpa dengan Prince Charming. tetapi... sesuatu telah berlaku.

N cekalkan semangat dan terus berjuang untuk mencapai cita-citanya. Eric pula, yang kini sudah menjadi rakan baiknya, tidak mahu terima N sekadar 'teman tapi mesra'.

ikutilah kisah gadis kota ini... novel ala chick lit yang sangat sesuai bagi pembacaan mereka yang suka gaya santai dan berjiwa remaja!

novel karnadya: mimie afinie


1.tinggallah pujaan ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantaran)
             halaman: 559 ms
sinopsis:

Nurain, seorang kanak-kanak nakal, lincah dan periang. meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. apatah lagu, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung/

bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman, terpaksa mengikut leluarganya berpindah ke Selangor. perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. dia rasa amat kehilangan. saban hari dia menunggu kedatangan warkah dan saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.

masa berlalu dan silih berganti. kini Nurain bukan lagi gadis cilik yang tidak mengerti apa-apa. kedewasaan mengajarnya erti cinta dan rindu. kepada siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasa itu kalau bukan Haikal? lelaki yang sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka dan juga duka.

tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya...

"tinggallah pujaan"...ungkapan yang amat memeritknan Nurain... namun dia harus merelakan.


2.egois ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantaran)
             halaman: 499 ms
sinopsis:

Tanjong Resang, Mersing telah menjadi tempat pilihannya untuk membawa hati yang terluka. dia meninggalkan pekerjaan, kemewahan dan segala-galanya. biarpun di bumi Mersing nan permai ini dia serba-serbi kekurangan, namun hatinya bahagia, jiwanya damai. bagaikan tidak mahu lagi dia berpisah dengan pantai yang indah, yang sering kali membuatkan perasaan lelakinya tercabar.

di pantai itulah Iskandar Helmi menumpang kasih dan sayang. di tempat itu juga dia bertemu Sarah Nadia yang membuatkan dia terlupa pada memori semalam. biarlah semuanya berlalu dalam lipatan sejarah.

namun, tidak semudah itu untuk miliki bahagia. terlalu banyak onak dan duri yang sentiasa sahaja menjadi penghalang.

mungkin dalam kemelutan yang dilalui, Jeffri lebih berhak kepada hati dan perasaan Sarah Nadia, gadis kampung yang berhati mulia, yang pernah juga satu ketika terlalu mengharapkan cinta yang akhirnya telah membuatkan dirinya kecewa. cinta yang tidak diberi penilaian yang saksama! 

" takkan ku berhenti mencintaimu... seperti mana jarum jam ini yang 
tidak pernah berhenti mengejar masa.."
kata-kata yang terngiang-ngiang di telinganya, yang terus merobekkan hati...
MAAFKAN KU SAYANG... bisik hatinya di angin lalu.