Showing posts with label rhythm (nscr). Show all posts
Showing posts with label rhythm (nscr). Show all posts

Thursday, July 1, 2010

novel rhythm (nscr)- cont

novelis: saleha ahmad


1. cinta bukan ilusi ; harga: RM8 (x termasuk kos penghantaran)
                             halaman: 294 ms
sinopsis:

Mariatun Izanim yang berkelulusan universiti tempatan terpaksa melakukan pelbagai kerja termasuk menjual kuih dan menjadi DJ sambilan demi mendapatkan rezeki yang halal. kegigihan dan ketabahannya menyebabkan dia disenangi. pun begitu sikap iri hati insan yang bernama manusia hampir-hampir memusnahkan kehidupannya. Mariatun Izanim tidak kecewa malah berusaha membersih maruahnya biarpun kekasihnya sendiri Akhmal Fitri melemparkan pelbagai tuduhan akibat hasutan kakak angkat yang sangat dipercayainya selama ini. berjayakah Mariatun Izanim membersih segala fitnah yang dilemparkan? dapatkah Akhmal Fitri memenangi hatinya setelah dia membuang gadis itu?

novel rhythm (nscr)

novelis: an-nur


1. setia kasih ; harga: RM10 (x termasuk kos penghantaran)
                      halaman: 417 ms
sinopsis:

Balqis seorang gadis muda yang komited dengan kerjayanya. kerana simpati terhadap Suria, salah seorang pelajarnya, dia terperangkap dalam kemelut rumah tangga Lokman dan Zulaikha, ayah dan ibu Suria. tanpa diduga keikhlasannya menimbulkan rasa cinta di hati Lokman. Shafik sahabatnya turut menaruh hati padanya namun Salina terlebih dahulu menyemai kasih pada Shafik. demi persahabatan Balqis mengundur diri. Balqis mendapat tahu Shafik sedang bergelut dengan maut. Balqis tampil melakukan pengorbanan untuk Shafik tanpa diketahuinya. kemalangan kecik menemukan Balqis dengan Jay seorang pemuda yang pesimis terhadap hidup setelah dikecewakan oleh seorang wanita. kehadiran Balqis ternyata mengubah pendirian Jay. di saat cinta Jay dan Balqis sedang mekar, Jay pergi menemui Ilahi setelah terlibat dalam kemalangan. Balqis kecewa. Lokman hadir untuk mengisi kesepian hati Balqis, malah Zulaikha turut meminta Balqis agar menerima Lokman. Shafik pula tertanya-tanya siapakah penderma hati untuknya. demi mengelakkan diri, Balqis melanjutkan pelajarannya ke USM. pertemuan dengan Safwan, kekasih lama meresahkan dirinya. bagaimanakah Balqis menghadapi kemelut yang melanda dirinya?