Sunday, June 5, 2011

alaf21

novelis: lynn dayana
1. cinta edisi terhad ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantan)

                               halaman: 489 ms
sinopsis:

DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi.

Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna.

Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!

Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.

Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha.

Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?


novelis: zara juita
1. erti rindu ini ; harga: RM13 (x termasuk kos penghantan)
                       halaman: 484 ms
sinopsis:

MENGAPA kau tinggalkan aku ketika cinta ini sedang mekar mengharum? Sedangkan kau tahu aku tidak bisa hidup tanpa kau di sisi. Jangan kata kau lupa saat-saat manis yang pernah kita lalui bersama. Kita pernah menabur kasih dan cinta di taman hati. Kupersembahkan segala yang aku ada untukmu. Apa lagi yang kau mahu sudah kuturutkan. Kerana cinta, kasih dan setiaku, kerana janji dan sumpah yang kau lafaz dulu, air mataku ber­linangan. Tapi kau pergi jua...

Yana mengharungi liku-liku hidup sendirian setelah Razman pergi menghadap ILAHI. Jiwanya nanar. Cinta yang terbina sejak di bangku sekolah tidak kesampaian. Luka dan sengsara di hati dirawat sendiri dalam kepayahan.

Kau kata, aku bagai lilin yang menerangi kegelapan duniamu. Kehadiranku umpama air di kali yang menyegarkan perasaanmu. Kau sedia berkorban untukku. Sedia merawat kelukaan hatiku. Ku dibuai cinta, kasih, sayang dan rindumu yang luhur sejati. Tersentak aku dari lamunan yang panjang. Mawar tanpa haruman tidak mungkin disunting buat penyeri syurga asmara. Di tangkai jua ia layu...

Cinta Fariz terlalu luhur untuk Yana. Bergetar jiwanya setiap kali berada di sisi jejaka itu. Namun, sudikah Fariz menerima dirinya seadanya? Apatah lagi keluarga Fariz terlalu me-menting­kan maruah dan prestij. Layakkah dia berganding dengan je­jaka yang berjaya menakluk hatinya itu?


novelis: ilani mysara

1. ada cinta ; harga: RM11 (x termasuk kos penghantan)
                    halaman: 403 ms
sinopsis:

Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya? Itulah lumrah cinta manusia. Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia. Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati. Ungkapan Aku cinta padamu mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya.

Akhirnya, memporak-perandakan seluruh sendi kehidupannya. Cinta dua darjat antara Dayang dan Syed Iqbal menguji penantiannya. Namun kerana satu janji, biar datang ribut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi. Sesungguhnya pertarungan merebut cinta Iqbal memerlukan ketakwaan dan ketabahan sebagai syarat!

Kerenah takdir juga menyaksikan dirinya terlibat dalam cinta tiga penjuru. Cinta yang memusnahkan tiga kasih, tiga perasaan dan tiga hati. Kesemuanya menuntut pengorbanan dan air mata. Seorang harus melupakan dan seorang lagi harus dilupakan untuk memberi ruang pada orang ketiga. Siapa antara mereka yang ketawa gembira dan siapa pula yang akan merintih hiba?

No comments:

Post a Comment