Saturday, June 4, 2011

jemari seni (cont)

novelis: normaslina masri

1.mencari-suami@js.com ; harga: RM15 (x termasuk kos penghantaran)
                                         halaman: 617 ms
sinopsis:

nama aku unik: Sofea Saloma, macam primadona. hidup aku? tak glamor mana pun. kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.

hari datang dan hari pergi. sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali januari tiba. sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.

waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA. 

masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I. sebabnya?

aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!

setelah aku (+ - x ÷) =  inilah keputusan yang aku ambil:

Tarikh Iklan: Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz: 2Rx10cm
Edisi (keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.

Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun, berpelajaran, ingin mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti;
(a) bekerja tetap
(b) berumur sekurang-kurangnya 33tahun ke atas
(c) bujang/duda sahaja
(d) beragama Islam

Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada mencarisuami@yahoo.com sebelum 15 Oktober 2010.



novelis: saidatul saffaa, noor suraya, syud


1.damai ; harga: RM15 (x termasuk kos penghantaran)

               halaman: 592 ms
sinopsis:


Ceritera 1: Damai ~ Saidatul Saffaa
“Kamu orang mana?”
“Malaysia.”  Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas.
“Panas ke?”
‘Pakcik’ muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian...
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus. Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu. Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?
Ceritera 2: Yang Jauh di Pulau ~ Noor Suraya
“Terima kasih,” kata Piyan.
“Bukannya buku ilmiah pun!” Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...
Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~ Syuhada
“Formalnya.”
“Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat.”
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan ‘dia’ – si penjual ikan.
Cinta rahsianya!
Ceritera 3: Langit... Tetap Biru ~ Syud
Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu. Cuma ‘dia’ sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
... kerana pada Zahra, langit tetap biru!

No comments:

Post a Comment