Showing posts with label sold. Show all posts
Showing posts with label sold. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

alaf21 (cont)

leeya myra


1. erti rindu ini ; harga: RM10 (x termasuk kos penghantan)
                       halaman: 380 ms
sinopsis:

Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.

Ilham kembali dari Jepun dengan status ''''''''suami orang''''''''. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.

Namun, setiap saat hatinya meronta. ''''''''Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham''''''''. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; ''''''''Hidup Baik-baik'''''''' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!

Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. ''''''''Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?'''''''' Air mata Faris menitis.

Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.

(telah dijual)

norhayati ibrahim
1. sayang tak terucap ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantan)
                                   halaman: 521 ms
sinopsis:

TAKDIR menemukan semula Delilah dan Aminudin setelah sekian lama terpisah. Dengan rasa sedih, kecewa dan rajuk berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris, lukanya berparut lama. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu, nenek dan datuknya yang buta.

Sekaya mana pun lelaki itu, masih tidak membuka pintu hatinya. Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya. Datuknya yang buta, tapi tidak buta hatinya. Datuknya yang buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya.

Pun begitu, mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya? Apalah guna akal fikiran jika tidak digunakan sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan, menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Malah, jauh di sudut hati dia ingin sekali menikmati dakapan kasih seorang ayah dalam hidupnya.

Ayah... andai kemaafan ini kuberi, namun dapatkah kuberikan setulus kasihku padamu? Ya ALLAH... perkenankanlah doa hamba-MU ini agar kebuntuan dan kekeliruan ini dapat dileraikan.
(telah dijual)

Wednesday, June 9, 2010

novel jemari seni (cont)


  novelis: pingu toha


1. L.U.V.E ; harga: RM10 (x termasuk kos penghantaran)
                    halaman: 325
sinopsis:

siapa yang harus dipilih? untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360° secara total. apa yang berlaku, bukan pintanya!

dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. lalu bagaimana?

namun untuk 'I love you'? jawapan yang pasti untuk The Love. tapi...

(telah dijual)

novel jemari seni (cont)


 novelis: rnysa


1. relevankah aku di hatimu? (RADHA) ; harga: RM12 (x termasuk kos penghantaran)
                                                               halaman: 489
sinopsis:

Allah telah mengurniakan aku seorang sahabat yang baik umpama kejora yang bersinar cerlang di celah-celah ribuan bintang di dada langit. Nurul Akasyah, dalam ribuan insan yang ditemui, gadis itu cukup memahami. kala-kala aku luka, lalu dia jadi perawat yang menyembuhkannya. dan, kala-kala aku gembira, dia menyimbahkan ketenangannya.

Syah, gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angannya

Kaduk, 'si rambut perang' yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang

Mar Iskandar, lelaki warak penambat hati sukar didekati

kisah persahabatab dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah derwasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!

salah diakah... kerana mengambil berat? atau salah akukah... kerana dalam diam menyimpan harap?

(telah dijual)

novel jemari seni

 novelis: ismad astar

 1. novel untuk Asyikin ; harga: RM11 (x termasuk kos penghantaran)
                                      halaman: 352 ms
sinopsis:

      "bunga tu mekar dalam hati, tetapi cantik kelopaknya terletak di mata."
"mata siapa?" Nurasyikin sudah tercium baunya, tetapi dia pura-pura masih tidak faham.
"di mata yang bercakap."
"bunganya?"
"di depan, tetapi imejnya tersimpan di minda dan di hati."
Nurasyikin senyum nipis dan tawar. menimbang bagaimana keadaannya kalau dia cakap 'ya' ataupun cakap 'tidak'. ada risiko bagi kedua-dua jawapan. dia sudah berepan dengan perkara ini berulang kali.
"beginilah, bunga perlu mengukur diri, bunga takut pada harapan taman yang meninggi gunung."
madah dijawab dengan madah. Nurasyikin memandang tajam ke dalam mata dia yang sungguh-sungguh asyik menanti.
"wah, orang biotech pun sudah pandai bermadah! padanlah orang sastera tak dapat kerja!"
mata mereka saling menatap.

sukarnya menjadi rama-rama yang bersayap cantik, 'dia' sering aja menjadi perhatian!

(telah dijual)

Tuesday, June 8, 2010

novel alaf21



 novelis: fauziah ashari

1. ombak rindu ; harga: RM 12 (x termasuk kos penghantaran)
                          halaman: 563 ms
sinopsis:

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua akibat kemalangan jalan raya. justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. pakcik Taha banyak berhutang. disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. disitulah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab malam itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

(telah dijual)
novelis: aisya sofea


1. buatmu kekasih ; harga: RM12 (x termasuk kos penghantaran)
                              halaman: 579 ms
sinopsis:

     tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna.
     tiada Lukman, betapa sepinya hati Farah.
     betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.
     meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untk Kay.
     dan cinta suci Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen.

tahun berlalu.. kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diharapkan. ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.
(telah dijual)

Thursday, June 3, 2010

novel alaf21 (cont)


 novelis: lily haslina nasir


1. epilog cinta ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantaran)
                        halaman: 495
sinopsis:

cinta umpama pelangi. cantik dipandang tapi tidak mungkin dapat dipegang. namun bagi Aidit, cinta Karmila ibarat dewi yang bercahaya dan menikam sukma. dia rasa lebih indah jika cinta mereka menjadi rahsia dirinya. tiba-tiba langit bagai menghempap bumi. cinta Aidit dan Karmila terhalang kerana darjat dan keturunan. mereka cuma ada sekeping hati, satu jiwa dan perasaan. jadi, di manakah pintu cinta yang harus diketuk? jiwa Aidit penasaran. biarlah dia berterus terang. itu lebih baik dari saban malam, tidurnya tidak lena. Karmila pula bagaikan rentung dibakar duka. terasa dirinya yang tidak setia pada janji kasih mereka. sedangkan dia dipaksa mengahwini lelaki yang hanya akan diserahkan cuma jasadnya. Aidit terasuh dilambung gelombang, sedangkan Karmila dewasa dilukai kerikil. apalah erti nama itu disebut-sebut jika dua jiwa terpisah jauh. mengapa cinta tidak bersama mereka? ini lah cinta terhalang yang pernah dihadapi oleh Daeng Amid dan Karmini. kini, adakah Cempaka Adilla Zahira juga akan menempuh cerita yang sama bersama Hizairi? doa dan doakanlah!
(telah dijual)