novelis: izza aripin
1. ..dan mimpi pun bersatu ; harga: RM12 (x termasuk kos penghantaran)
halaman: 585 ms
sinopsis:
Anne, cinta pertama sewaktu zaman remaja yang terputus di pertengahan jalan bersambung semula selepas lapan tahun berlalu. lantas dia mengharapkan peluang kedua itu berakhir dengan kegembiraan. malangnya fitnah yang berakhir dengan tragedi meragut segala kebahagiaan yang diimpikan. dia mangsa pergolakan politik dan perebutan takhta.
Tengku Iskandar, kematian bonda dan kekanda tercinta menjadikan dia pendendam. misi mencari dalang yang ingin menghapuskan seluruh keturunannya menjadi agenda. dalam kesungguhannya mencari pengkhianat, dia sendiri mengkhianati cintanya terhadap satu-satunya wanita yang telah memberikan inspirasi dan semangat untuk terus mencari kedamaian.
Ayrin, akibat trauma yang dihadapi oleh uminya, dia membesar tidak seperti gadis biasa. sepanjang hidupnya dia tidak kenal sesiapa, tiada saudara mahupun rakan yang berkekalan. dia seorang pengembara yang mengembara mencari erti kehidupan sehinggalah dia tiba dia Milenium Perdana. buat pertama kalinya, dia temui erti hidup dan bersedia untuk mempertahankannya meskipun mengkhianati uminya sendiri.
Zarul, hidupnya lengkap dan bahagia. kasihnya mekar di Milennium Perdana. namun tanggungjawab kepada keluarga dan negara memaksa dia mengorbankan segala-galanya. dia terpaksa meninggalkan kehidupan yang dia kenal semata-mata mahu menjalankan tugasnya terhadap satu kehidupan yang begitu asing. delam kekeliruan, cinta yang sedang mekar rupa-rupanya tidak pernah jauh daripadanya.
dari satu daerah bersejarah, lahir seorang srikandi cinta yang mewarisi semangat juang keturunannya. dari satu kerajaan, lahir seorang putera yang mengharapkan kedamaian dan cinta sejati. mereka dipertemukan di Bentara lantas memahat satu episod perjalanan yang penuh liku dan ranjau. sifat manusia yang rakus dengan keduniaan, yang tamak kuasa, yang dahagakan kemewahan melarik kisah mereka ini dalam perjalanan mencari kebenaran. dan akhirnya mimpi pun bersatu.

2.kerana dia cinta ; harga: RM12 (x termasuk kos penghantaran)
halaman: 481ms
sinopsis:
dalam perjalanan mencari cinta sejati, Gia terpaksa bernikah dengan Ryan berkorban demi menyatukan dua gergasi korporat. ketiadaan cinta menyebabkan rumah tangga yang dibina retak menanti belah. hadirnya Dena menggoncang pendirian Ryan. Rezman dijadikan alat olh Dena untuk mengejar cintanya. terhimpit dengan beban perasaan yang sukar digalas, Gia membawa diri ke Teratak Bayu. Siti Hajar menyedarkan dirinya bahawa keredhaan suami ialah kebahagiaan seorang isteri. Gia pulang dengan hasrat mahu mengubah benci menjadi cinta.
tetapi. semuanya sudah terlambat. Gia membawa hati yang lara ke perantauan bersama dendam. masa yang berlalu tidak pernah memadamkan dendam dan meredakan benci. Gia kembali sebagai Amani yang sudah menemui cinta sejatinya terhadap Allah. hatinya yang masih luka diketuk oleh cinta Zeek yang hadir tanpa diduga. dalam dilema mencari arah, muncul Ryan menagih cinta dan maaf.
siapakah di hati Amani? adakah dia menerima cinta Zeek dengan redha? atau pulang ke pangkuan Ryan melupuskan dendam?
(reserved)