Tuesday, June 8, 2010

novel alaf21



 novelis: fauziah ashari

1. ombak rindu ; harga: RM 12 (x termasuk kos penghantaran)
                          halaman: 563 ms
sinopsis:

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua akibat kemalangan jalan raya. justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. pakcik Taha banyak berhutang. disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. disitulah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab malam itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

(telah dijual)
novelis: aisya sofea


1. buatmu kekasih ; harga: RM12 (x termasuk kos penghantaran)
                              halaman: 579 ms
sinopsis:

     tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna.
     tiada Lukman, betapa sepinya hati Farah.
     betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.
     meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untk Kay.
     dan cinta suci Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen.

tahun berlalu.. kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diharapkan. ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.
(telah dijual)
 novelis: damya hanna

 

 1. ternyata cinta ; harga: RM12 (x termasuk kos penghantaran)
                            halaman: 534 ms
sinopsis:


pengalaman mengajar erti kedewasaan. begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! memburu lelaki kaya!


zariel, lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. kacak, mewah dan romantis! itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.


Iqram, kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.


ternyata, cinta itu terlalu indah. namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? ikutkan hati, dia ingin memliki kedua-duanya sekali! dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segalanya.
(telah dijual)

No comments:

Post a Comment