Thursday, July 1, 2010

novel telaga biru

novelis: Dr. farhan adi


1. denyut kasih medik ; harga: RM15 (x termasuk kos penghantaran)
                                    halaman: 390 ms
sinopsis:

DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.


novelis: nor atiqah ghazali


1. sesejuk maaf di kalbu; harga: RM11 (x termasuk kos penghantaran)
                                       halaman: 214 ms
sinopsis:

kisah ini menceritakan tiga orang sahabat yang memulakan persahabatan semenjak di tadika. kemudian persahabatan itu berterusan hingga ke sekolah rendah. apabila bersekolah menengah, pelbagai cabaran ditempuhi sehingga membuatkan mereka terpaksa memilih haluan masing-masing.

ketiga-tifa remaja ini mempunyai masalah keluarga sendiri. Fazli, ibu bapanya sentiasa sibuk. bapanya seorang pakar motivasi, ibunya pula sibuk dengan persatuan. manakala Amirul, ibu bapanya berpisah. bapanya berkahwin lain. ibunya pula sakit mental. dia dan adiknya disara oleh kakaknya dengan duit haram. Shukri pula dibesarkan ibunya, tanpa ayah. dia tiga beradik dipelihara oleh ibunya yang sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaan anak-anaknya.

namun dalam arus globalisasi ini, remaja terdedah dengan banyak perkara dan ketiga-tiga remaja ini tidak terkecuali. mereka tergelincir dalam memilih haluan. dalam kekalutan hidup itu, Amirul tidah habis-habis menyalahkan bapanya. Fazli juga meletakkan kesalahan ke bahu ibu bapanya. manakala Shukri, kecewa dengan ayahnya, namun perasaannya terbelai dengan ketabahan ibunya.

mampukah ketiga-tiga remaja ini bangun daripada kemelut hidup yang melanda? mampukah ketiga-tiga remaja ini menyejukkan denda mereka dengan sebuah kemaafan? ikuti pelbagai onak dan duri yang ditempuhi dalam menghayati peranan sebuah persahabatan dalam mencari jalan kebahagiaan.

novelis: iwan reaz


1. melodi hati  - beserta sekali dengan cd lagu tema novel, 'itulah impianku'
    harga: RM17 (x termasuk kos penghantaran)
    halaman: 288 ms
    sinopsis:

Iwan yang merupakan  seorang pelajar kolej, terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran setelah dia dan adiknya Syahmi, kehilangan ibu bapa. bukan mudah baginya untuk menjadi seorang abang dan menggalas tanggungjawab menggantikan ibu bapanya, kerana beliau juga mempunyai komitmen lain sebagai seorang penggubah lagu dan penulis lirik. beliau semakin mendapat perhatian melalui lagu 'Itulah Impianku'.

Syahmi bagaimanapun, masih terlalu muda dan nakal. Iwan sering menjadi usikan beliau sehinggalah istilah cinta disalah tafsirkan oleh Ziera. keadaan bertambah tegang dengan kehadiran rakan lama Iwan iaitu Farah.

sejauh manakah 'sekaya, seindah, setinggi' yang diimpikan Iwan melalui lagu itu akan menjadi satu kenyataan?

No comments:

Post a Comment