Thursday, July 1, 2010

novel rhythm (nscr)

novelis: an-nur


1. setia kasih ; harga: RM10 (x termasuk kos penghantaran)
                      halaman: 417 ms
sinopsis:

Balqis seorang gadis muda yang komited dengan kerjayanya. kerana simpati terhadap Suria, salah seorang pelajarnya, dia terperangkap dalam kemelut rumah tangga Lokman dan Zulaikha, ayah dan ibu Suria. tanpa diduga keikhlasannya menimbulkan rasa cinta di hati Lokman. Shafik sahabatnya turut menaruh hati padanya namun Salina terlebih dahulu menyemai kasih pada Shafik. demi persahabatan Balqis mengundur diri. Balqis mendapat tahu Shafik sedang bergelut dengan maut. Balqis tampil melakukan pengorbanan untuk Shafik tanpa diketahuinya. kemalangan kecik menemukan Balqis dengan Jay seorang pemuda yang pesimis terhadap hidup setelah dikecewakan oleh seorang wanita. kehadiran Balqis ternyata mengubah pendirian Jay. di saat cinta Jay dan Balqis sedang mekar, Jay pergi menemui Ilahi setelah terlibat dalam kemalangan. Balqis kecewa. Lokman hadir untuk mengisi kesepian hati Balqis, malah Zulaikha turut meminta Balqis agar menerima Lokman. Shafik pula tertanya-tanya siapakah penderma hati untuknya. demi mengelakkan diri, Balqis melanjutkan pelajarannya ke USM. pertemuan dengan Safwan, kekasih lama meresahkan dirinya. bagaimanakah Balqis menghadapi kemelut yang melanda dirinya?

No comments:

Post a Comment