Wednesday, June 2, 2010

novel alaf21

novelis: norhayati ibrahim
1.egois ; harga: RM7 (x termasuk kos penghantaran)
             halaman: 310 ms
sinopsis:

Atia dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan kini sama-sama bekerja sebagai remiser. hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. namun sebagai wanita, Atia tidak pernah mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sebagai kekasih atau sahabat. Fikri yang memang menyintai Atia mula mereka  cerita yang dia sudah bertunang kerana mahu melihat reaksi Atia. Atia walaupun tidak pernah mempamerkan emosinya sebenarnya memang menyintai Fikri. dia berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu. sebagai seorang remiser, Atia mempunyai ramai pelanggan dan salah seorangnya Lokman. Lokman seorang yang 'male chauvinist' akhirnya jatuh cinta pada Atia namun Atia menolaknya kerana bagi dia cinta tidak semudah itu beralih arah. kecewa mendengar cerita pertunangan Fikri, Atia membuat keputusan untuk ke luar negara mengubati hatinya yang luka. mendengar perletakan jawatan Atia, Fikri kelam kabut untuk menjelaskan hal sebenar. dia meminta bantuan Halimah, kakak Atia dan rakan-rakan sekerja untuk menculik Atia.



novelis: durrah fatiha

1. seteguh cinta ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantaran)
                          halaman: 502 ms
sinopsis:

mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangannya, Hadi mengalami kemalangan. akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang perkahwinan dalam derita. namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati. akhirnya, Nurin tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?

No comments:

Post a Comment