Saturday, July 16, 2011

novel alaf21

novelis: aleya aneesa

1. kasih benar kasih ; harga: RM16 (x termasuk kos penghantan)
                                halaman: 496 ms
sinopsis:
MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.


novelis: sania yasmin
1. akan ku tunggu ; harga: RM15 (x termasuk kos penghantan)
                             halaman: 531 ms
sinopsis:
AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.

novelis: herna diana
1. cinta 3 suku ; harga: RM15 (x termasuk kos penghantan)
                         halaman: 517 ms
sinopsis:
‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

No comments:

Post a Comment