Friday, June 3, 2011

novel karnadya: mimie afinie


1.tinggallah pujaan ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantaran)
             halaman: 559 ms
sinopsis:

Nurain, seorang kanak-kanak nakal, lincah dan periang. meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. apatah lagu, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung/

bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman, terpaksa mengikut leluarganya berpindah ke Selangor. perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. dia rasa amat kehilangan. saban hari dia menunggu kedatangan warkah dan saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.

masa berlalu dan silih berganti. kini Nurain bukan lagi gadis cilik yang tidak mengerti apa-apa. kedewasaan mengajarnya erti cinta dan rindu. kepada siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasa itu kalau bukan Haikal? lelaki yang sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka dan juga duka.

tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya...

"tinggallah pujaan"...ungkapan yang amat memeritknan Nurain... namun dia harus merelakan.


2.egois ; harga: RM14 (x termasuk kos penghantaran)
             halaman: 499 ms
sinopsis:

Tanjong Resang, Mersing telah menjadi tempat pilihannya untuk membawa hati yang terluka. dia meninggalkan pekerjaan, kemewahan dan segala-galanya. biarpun di bumi Mersing nan permai ini dia serba-serbi kekurangan, namun hatinya bahagia, jiwanya damai. bagaikan tidak mahu lagi dia berpisah dengan pantai yang indah, yang sering kali membuatkan perasaan lelakinya tercabar.

di pantai itulah Iskandar Helmi menumpang kasih dan sayang. di tempat itu juga dia bertemu Sarah Nadia yang membuatkan dia terlupa pada memori semalam. biarlah semuanya berlalu dalam lipatan sejarah.

namun, tidak semudah itu untuk miliki bahagia. terlalu banyak onak dan duri yang sentiasa sahaja menjadi penghalang.

mungkin dalam kemelutan yang dilalui, Jeffri lebih berhak kepada hati dan perasaan Sarah Nadia, gadis kampung yang berhati mulia, yang pernah juga satu ketika terlalu mengharapkan cinta yang akhirnya telah membuatkan dirinya kecewa. cinta yang tidak diberi penilaian yang saksama! 

" takkan ku berhenti mencintaimu... seperti mana jarum jam ini yang 
tidak pernah berhenti mengejar masa.."
kata-kata yang terngiang-ngiang di telinganya, yang terus merobekkan hati...
MAAFKAN KU SAYANG... bisik hatinya di angin lalu.



3.bukan tak sudi ; harga: RM17 (x termasuk kos penghantaran)
             halaman: 553 ms
sinopsis:

dia tidak pernah mencari. malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. belum masanya. lagipun dia tidak mahu terburu-buru. maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.

tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. risa juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. emak pun satu hal juga. macamlah tak ada lelaki lain... si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.

Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. orangnya pun boleh tahan. sedap mata memandang. rasa-rasanya, daripada si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.

kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? hah! minta simpang. kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. dia sanggup. bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.

kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? 

No comments:

Post a Comment